Thursday, July 28, 2011

} hitamkuninghitamkuning



Go tigers...
please listen to this "hitam kuning" song.Thank to Hitz









 {credit to: tumblr}





} aku bukan reporter yang pandai karang ayat dalam newspaper, tapi aku seorang pengguna tumblr tegar,so dapatla gambar-gambar ni semua dari tumblr yang aku sayang sangat tu.Haha kalau kau google pun belum tentu dapat scene macam ni tau.Tak reti nak cakap taip banyak-banyak,Harapnya Malaysia do the best la malam ni.Menang kalah adat bertanding :)









yanaSham_aku cari gambar Guna, tapi tak jumpa plak,Suka tengok dia maen coz dia sangat rajin kejar bola.

Wednesday, July 27, 2011

} Wanita dan Matematik

Al Khawarizmi, ahli Matematik Islam ditanya tentang wanita terbaik.


Beliau menjawab,

    Jika wanita solehah & beragama = 1

    Jika dia cantik, tambah 0 kepada 1 = 10

    Jika dia kaya, tambah lagi 0 = 100

    Dan jika dia dari keluarga baik-baik, tambah lagi 0 = 1000

    Tetapi jika yang “1” tiada..

    Maka, tiada nilai yang tinggal padanya kecuali sekelompok “0”












{credit to : tumblr}


Dari Abu Hurairah ra berkata, Rasulullah SAW bersabda: "Wanita itu dinikahi kerana empat perkara. hartanya, keturunannya, kecantikannya dan agamanya. Pilihlah dia kerana agamanya, nescaya kamu beruntung."

Saturday, July 23, 2011

} Out of ten??




 {credit to : pakcik google}



Baru hari ni ade masa nak pergi tengok Transformers, Thanks to Nazreen coz sudi temankan saye.Ingatkan bila tengok lambat tak ramai orang,penuh panggung la jugak tadi.Thanks jugak kepada pakcik teksi yang menghantar saye pulang dengan selamatnye.Lupa nak minta nombor telefon pakcik tu tadi.Hey ade sape-sape tak tengok lagi, and nak ajak saye teman!!
Perasaan macam nak tengok kali kedua la =)












yanaSham_sebelas budak hitam main tepi perigi, sorang jatuh perigi...tinggallah sepuluh.

Friday, July 22, 2011

} realizing Friday

{teman bermata biru "lunch time" saye}





#sebab-sebab kenapa kau sangat suka meja kat ofis kau??

} aku bebas nak taruk wallpaper jenis ape-ape sekalipun
} aku bebas nak makan dalam ofis atas meja aku sendiri, walaupun aku tahu yang satu ofis boleh bau sambal tempoyak yang aku bekal dari rumah
} aku bebas nak bercucuk tanam,walaupun at last pokok yang aku tatang bagai minyak yang penuh tu mati sebab terlebih kesejukkan
} aku paling suka meja aku tepi dinding, sebab kalau jiran sebelah aku m.c aku boleh cakap dengan dinding
} aku tak perlu rajin sangat bersih or lap segala habuk kat meja aku, sebab ada orang yang tolong lapkan, sebab kadang-kadang aku berlakon macam terlebih buzy.
} aku boleh tayang mug company dengan nama aku, sebab jiran sebelah aku tak ade =)










yanaSham_team Malaysia memang patut dipuji....walaupun dorang tak bape cukup inci tapi dorang tetap hebat.

Monday, July 18, 2011

Sunday, July 17, 2011

} I am conqueror

Akulah penakluk hari Ahad!!


Abah:  awal bangun hari ni, nak pergi mana
Aku:  awal ke??sokmo sokmo pun bangun camgini gak :) pergi mana??
Abah:  nak pegi tengok wayang ke??
Aku:  wayang!! wayang kat umah jep
Abah: astro first ke??
Aku: dok eh, astro beyond.wakakaka


As usual kalau aku bangun pagi ahad sure-sure abah dengan maa aku hilang pegi kebun punye.Hari ni semua pakat duduk umah.Konon-konon jadi anak solehah, masak la bubur nasi, goreng ikan, telur dadar dan siang kacang panjang buat sayur.So itu breakfast menu for today, hari ahad hari malas sedunia bagi aku.Tetibe jep hari rajin plak ko yep :p

Adehhh, asal bangun awal je mesti nak cakap aku pegi tengok wayang.Sangat tak patut tu.Aku tengok wayang kat umah je pun.Tibi aku yang conquer hari ni. So, hari ni aku tengok ramai-ramai.hahahaha.Selalu tengok sengsorang jep, nak petang baru reti nak masuk dapur masak.huhu

Ingat lagi tak cite Romance Town hari tu.Ala yang maid menang 10 million tu.Hari ni baru aku tau yang ekceli loteri tu bukan loteri dia, tapi loteri satu lagi yang dia beli (share dengan maid-maid kawasan jiran tetangga kat umah dia) hahaha, so dia kenala split 10 million tu kepada 5 orang. So dorang hanya dapat 2 million je pun.Kesiannn...



{sambal telur : last sunday}










yanaSham_duit banyak tapi hidup dalam ketakutan pun susah jugak.ermmmmm

Friday, July 15, 2011

} realizing Friday





} semua orang pun sibuk mengata tak tentu hala, kutuk tak tentu pasal kat team Malaysia, memang dah dijangka pun kan sebelum masuk padang...well at least diaorang pernah la lawan Arsenal...hey awak, kau and korang pun tak pernah kan kan kan...eh aku pun tak pernah jugak.hahaha

Tuesday, July 12, 2011

} Fair & Lovely

Hi cantik!

Bagi aku cantik tu luas, tersangatla luas.Even kalau kau nak bercerita sampai esok tahun pun tak pernah habis.Cantik sekarang bukan saja untuk pempuan.Lelaki pun banyak da yang lagi cantik pada pempuan kot...oppps

Yela lelaki sekarang bukannya macam lelaki zaman dedulu.Eh dedulu pun mandi bersabun ape??.Memangla cuba ko tanye abah dengan toki ko, dorang ade guna pencuci muka tak??.Sure tak ade punye.Paling tak dorang guna sabun mandi buat basuh muka.Kira okay la tu kan.Sekarang, lelaki pun tau guna fair & lovely kott.

Yang kes fair & lovely tu kes abang ipar aku tu, Kes nak nampak putih time bersanding katanye.Okay ape ade inisiatif juga.hehe.Tapi kalau da cantik pun susah.Ko pakai ape pun memangla nampak cantik tapi kalau hati ko tak cantik nak buat ape.Kan bagus lagi afdhal bila muka ko yang cantik tu seiring dan sehaluan dengan hati ko.

Sekian terima kasih.




p/s_ko memang cantik pun tapi bilala hati ko nak cantik same ye!

 Fazura cantik kan!!








 

Saturday, July 9, 2011

} Romance Town = Review






 


Dah puas da tengok gambar kan jom review sinopsis cket:

"Romance Town" is about housekeepers. Seong Yoo-ri is a housekeeper who had the influence of her mother and thinks this is her vocation. She works in a plutocrat house then one day win the Lotto, meeting a turning point in her life.

Cite ni fun coz even pempuan tu menang loteri malah sekaya tuan rumah dia, beliau still nak jadi orang gaji coz nak jaga budak yang comel tu.Beliau tak kesah pun jadi orang gaji walaupun beliau mampu kot beli rumah tuan dia.Sebab nak rahsia pasal kekayaan beliau, banyakla lagak-lagak ngeri yang kelakar.

more info visit here & here, thanks :)





p/s_nanti nak kasi story pasal star king la plak.

Wednesday, July 6, 2011

} Hey soul sister...



hey soul sister!!
kite tak payah pegi makan la ye
kite pegi tengok Transformers 3D nak tak??
bole la bole la.
tapi lagi best kalau soul brother yang bayar!!
hahaha





p/s_sape da tengok,best tak best tak??



Tuesday, July 5, 2011

} Born on July!

skang memang trend cupcakes kan



Antara makan dan tengok wayang??
which one??

Friday, July 1, 2011

} realizing Friday


Jumaat memang selalunya indah......








Saje aku nak mengada tempek gambar ni.Budak Ain minta hadiah sebab dia dapat nombor dua periksa setengah tahun.Haha siap pujuk aku suruh belikan hadiah.Adooooi rasanye ni mesti sebab dah terlebih manjekan dia.Betulla orang-orang tua berkata, "lentur buluh biar dari rebungnya".

Tengok je nanti akhir tahun dia dapat nombor berape?.Dah bagi amaran suruh dia kalahkan si Hadi.Dapat nanti baru nak pikir pasal hadiah.So harapnya dia termakan la kata-kata aku ni.

Semalam stock take kat ofis.Kena stay kat ofis sampai 8 malam.Letihnya tak payah nak cakap.macam nak pengsan pun ade.Buat benda tak betul sikit mulala rasa nak marah kat semua orang.Tapi alhamdulillah ade lagi kesabaran.Sebab semalam malam jumaat kan.Ape kena mengena entahla.Adios.