Tuesday, November 15, 2011

} the meaning of Best

Akan best jika...
Rumah jiran sebelah rumah aku bizi lately, almaklum akan ade upacara besar-besaran.Anak perempuan beliau akan kahwin this week.Oh no, dua minggu berturut-turut ke nak kena makan nasi minyak.Tapi ura-ura beza siket la dari rumah kenduri orang lain.Akan ada sayur labu..maby masak lemak kot ++ dengan sambal belacan.Masyukk dah tu =)



Pasti best.
Dah nak start cuti sekolah dah.Anak sedara aku ramai-ramai la bakal memenuhi rumah this week.Yes, paling best kot bila dah tiba masa untuk aku buli dorang.wuahahahaha.Siap ar korang =D



Langsung tak best,
Ofismate aku kena tukar department dah.So aku kat ofis selalu cakap dengan dinding je coz ofismate yang lain semua ade partner.Oh sangat sunyi beb.Takleh nak share - share lagu korea dah.Boleh tapi lambat la siket.Tak best lagi, hilangla aroma nescafe pagi-pagi.Jiwa Aku dah sebati dengan bau nescafe sejak dia duduk sebelah aku, walaupun aku kurang minum nescafe. =(

Monday, November 14, 2011

} Nikmat

++ daging qurban




Hujan sekarang tak menentula.Asal petang je hujan.Bila malam je hujan.Azan subuh je hujan.Perut pulak cepat lapar kan bile time-time hujan.Meggi memang best bila makanan lazat kat dapur nampak sangat tak menyelerakan.Pekena pulak dengan kopi secawan.perghhhhh =)


Sunday, November 13, 2011

} for me...

yang saye tak la secomel ini





untuk saye!
Berjaya jugak dia tangkap kat belakang rumah.Mesti berpeluh ketiak =D
Tapi kesian, mintak SEPULUH ekor,yang terselamat hanya tujuh.Delivery lambat sangat sampai...




sure dia jeles punye, kalau tahu mak dia tapaukan msk lemak cili api rebung dengan perut =)

Wednesday, November 2, 2011

} ignore...

!@#$%^&*?

Aku memang macam ni.Aku tak tahu nak jawab ape bila ade orang bagi soalan yang aku sendiri tak terfikir.Aku lebih suka ignore je benda tu, macam benda tu tak pernah berlaku dan tak pernah wujud.Kadang tu aku biarkan benda tu sampai la orang tu benci kat aku.Salahke??

Aku selalu cerita problem aku kat blog,Kalau boleh aku tak nak langsung dikaitkan dengan sesiapa.Coz tu semua akan mendatangkan fitnah.Biarlah aku bercerita sendiri.Manusia rambut sama hitam hati tetap masing - masing yang punya.Lain-lain.

Serik.Sungguh aku dah serik nak baik dengan orang.Sungguh rasa teruk sangat bila orang tu buat andaian yang entah apa-apa.Sampai akhirnya dia tahu perkara sebenar.Bila perkara sebenar wujud baru menyesal.Dah terlambat.

Monday, October 31, 2011

} Kain pelekat!

Assalammualaikum peoples.



Hari terakhir di bulan October.Semalam aku sampai rumah dua pagi dari Terengganu.Dua minggu dah aku asyik ulang pegi sane weekend.First week tu, jalan-jalan dengan Angah.Katanye da lama tak jejak kaki kat sane and last week kakak aku pulak pindah rumah.So konon-konon pegi tolong la ape yang boleh tolong kan =).Pokai jugak sikit, beli kain pelekat.hehe.

Penat rasa macam nak tercabut je kaki aku.Suka pintu rumah baru kakak aku, klasik je tengok. Kakak and abang ipar aku sibuk la telefon tanye barang - barang yang tak jumpa cari, letak kat kotak mane.Sampaikan kunci kereta abang ipar aku pun boleh terbawak balik Kuantan.Hahahaa.Pasni kena ingat la, barang penting jangan main campak je dalam kotak ke ape ke.

Setakat ni keja okay, tapi yang tak okay bile kau terpaksa mengadap muka seorang ofismate yang konon - konon seorang yang perfect la kan.Huuu blog aku dah start jadi tempat mengate orang dah ni.Yelaa aku paling anti dengan orang yang tak reti nak bersyukur ni.Nak suruh dia berubah memang takkanla kan.So lantak dia la.Asalkan dia tak kacau kebahagiaan aku.Heh!

Itu je nak cite,tengah bosan.Lame tak on9


  breakfast dijual secara borong :)




Friday, October 21, 2011

Tuesday, October 11, 2011

} 1st entry in October

bizi,bz, bz, bz, bz, bz lazzzzzyyyy




Hi, salam peoples.

Banyak benda nak story, tapi macam dah lapuk je.Agak-agak tak sesuai dah nak cerita pun.haha.Memang banyak benda nak share kat sini.Jari ni ha da gedik-gedik lame tak blog.Tapi aku sangat tak senang dua tiga menjak ni.

Mehla doakan aku agar diberi kesihatan yang baik.Sekarang selalu je lenguh-lenguh badan.Balik keja je mesti mata layu gile.Lepas mandi maghrib, mesti nak tido terus.Da macam tak ade life.Nak pegi celebrate beday abah pun malas.Last-last bercelebrate di rumah sajela. =(





=)
Banyak ikan dalam akuarium umah dia, 
nanti dia balik nak mintak la boleh sepuluh ekor.haha